lirik nahxalagu gadis seperti aku shila amzah

I do - shila Amzah
I do - shila Amzah
分享给好友
您需要先安装&,才能下载视频哦
用优酷App或微信扫一扫,在手机上继续观看。
I do - shila Amzah
分享给站外好友
把视频贴到Blog或BBS
flash地址:
<input type="text" class="form_input form_input_s" id="link3" value=''>
<input id="link4" type="text" class="form_input form_input_s" value=''>
Shila Amzah 观看次数:186,236 1 年前
A cover version of I do by colbie caillat :) Do follow me on twitter yah!
茜拉Youtube视频
播放数: 8,469
播放数:541,057
最近更新:1个月前
播放数:466,436
最近更新:1年前
播放数:397,357
最近更新:1年前
播放数:114,452
最近更新:1年前
播放数:113,703
最近更新:1年前
播放数:276
最近更新:1年前
节目制作经营许可证京字670号
京公网安备号
药品服务许可证(京)-经营-Kematangan Shila Amzah Melalui Album Terbarunya - 达人听音乐 - KKBOX
Artis yang lahir dari program realiti TV lazimnya dipanggil artis ‘mi segera’, jolokan yang selalu dibuktikan tepat dengan pasang-surut populariti artis-artis ini. Lambakan program-program realiti TV di tanahair sekitar dekad lalu melahirkan puluhan penyanyi-penyanyi yang lebih bersandarkan pakej komersial berbanding bakat dan kesungguhan memperjuangkan muzik mereka. Ini tidak dibantu dengan saiz industri muzik tempatan yang masih kecil, tiada variasi dalam genre muzik yang diperjuangkan artis arus perdana, yang lagu-lagu mereka ditulis kebanyakan komposer yang sama.
Namun, bukan semuanya begitu. Masih ada cahaya di hujung terowong gelap ini. Bakat yang digilap program realiti TV masih punya tempat dalam industri jika kena caranya. Lihat sahaja kejayaan Faizal Tahir, Aizat Amdan, Stacy dan Jaclyn Victor. Mereka berjaya membuktikan bahawa kesungguhan untuk berkarya mampu menjanjikan kejayaan dan kelestarian dalam industri. Ada juga antara mereka kini melebarkan sayap ke persada antarabangsa. Shila Amzah antaranya.
Mula menceburi bidang nyanyian pada usia yang muda, anak kepada penyanyi 80’an, ND Lala ini dewasa di hadapan mata peminat muzik tempatan. Bakatnya terus berkembang selepas menjadi naib juara program realiti One In A Million pada tahun 2007, dan setahun kemudian dinobatkan juara Asia New Singer Competition, mengikuti jejak langkah diva-diva popular Malaysia seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Jaclyn Victor.
Shila juga salah seorang ‘diva’ bagi projek 3 Suara disamping Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Single ‘Beribu Sesalan’ yang dinyanyikan mereka pantas mendapat tempat di hati pendengar muzik, dan ia turut dinobatkan naib juara Anugerah Juara Lagu Ke-26 dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Berkumpulan untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 pada tahun 2011. Nama Shila mula mendapat perhatian, dan kehidupan peribadinya mula menjadi tumpuan helaian gosip akhbar tempatan.
Pada September 2012, di Shanghai, China, Shila Amzah meraih kejayaan terbesarnya setakat ini. Label juara, dan ganjaran kontrak perkembangan kerjaya bernilai lebih RM5 juta menjadi miliknya selepas memenangi program realiti Asian Wave. Dari situ, kerjaya anak gadis berusia 23 tahun ini mencanak naik, namanya kian dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia lebih-lebih lagi di China.
Album terbarunya, ‘Shila Amzah’ terbitannya sendiri dibantu Aubrey Suwito dan Helen Yap melalui Shila Amzah Entertainment Berhad memperlihatkan kematangannya, apatah lagi dia sudah hampir 15 tahun bergelumang dalam selok-belok industri muzik tempatan. Masih mengekalkan variasi pop dan balada yang menjadi kegemaran artis muda ini, apa yang menariknya kesemua enam lagu di dalam album ini ditulis sendiri Shila berdasarkan pengalamannya selama ini (termasuk kisah cintanya bersama Sharnaaz Ahmad yang menjadi topik hangat media tempatan).
Album ini dibuka dengan lagu bertajuk ‘Sedar’, sebuah lagu pop yang bernuansa remaja, sesuai dengan usia muda pelontar suaranya. Dengan susunan muzik upbeat dan groove menarik, ia wadah pembuka yang mampu menarik perhatian pendengar untuk mendengar keseluruhan album ini. Kisah seorang wanita yang ingin menarik perhatian seorang jejaka menjadikan lagu ini cheeky. Liriknya juga moden, antara yang menarik perhatian termasuklah baris, “setiap kali ku melihatnya, seperti kejutan elektrik ku rasa, anehnya”, bukti pembaharuan berterusan penulis-penulis muda seperti Shila sendiri yang cuba membawa pembaharuan kepada penulisan lirik lagu mereka.
Pendengar pasti tidak dapat lari daripada memikirkan kisah cinta Shila dan Sharnaaz bila mendengar single pertama album ini, ‘Masih Aku Cinta’. Bait lirik ‘dari jauh engkau masih ku cinta’ umpama pesanan kepada mantan kekasihnya itu, walau apa yang berlaku, cinta dahulu tetap tersemat di hati. Dibuka dengan petikan gitar akustik dan melodi strings mendayu, lagu ini sememangnya mampu menaikkan bulu roma dengan rentak balada ‘berhantu’. Pujian juga perlu diberikan kepada Shila kerana kawalan vokal matang yang dilontarkannya menjadikan lagu ini lebih asyik. Satu plus point untuknya, tidak perlu menarik vokal setinggi langit untuk membuai perasaan pendengar. Cukup sekadar berkongsi feel melalui dinamik turun-naik penyampaian dan melodi indah.
Keputusan Shila untuk hanya meletakkan enam lagu di dalam album ini keputusan yang bijak. Kesemua lagu boleh dikatakan single material, dengan tarikan utamanya sudah pasti vokal distinctive Shila itu sendiri. Dia juga cuba keluar dari kepompong selesanya, seperti menerusi lagu Cinta Hati, dimana buat pertama kali pendengar boleh mendengar Shila Amzah rap. Mungkin ia mampu dilakukan dengan lebih baik (rap Shila kedengaran seperti rap ala 90’an – bayangkan Elite), namun percubaan berani ini patut dipuji. Lagu ‘Tulus’ pula menyaksikan Shila kembali kepada elemen terkuatnya, mencapai not-not tinggi melalui lantunan vokal, dan ada beberapa tempat boleh kedengaran growling yang menjadi trademarknya satu ketika dahulu (mungkin dipelajari daripada Misha Omar).
‘Maaf’ mungkin lagu terbaik album terbaru Shila Amzah ini. Bayangkan band Mocca, White Shoes and The Couples Company dan Tilu digabungkan menjadi satu, dan anda akan tahu dari mana semangat lagu ini lahir. Dengan line synthetizer ala-ala comel, dan lirik cheeky nukilan Shila, lagu ini jika dimainkan di corong radio sudah pasti akan mendapat permintaan ramai dan merajai carta-carta lagu tempatan.
Turut dimuatkan di dalam album ini ialah sebuah lagu Mandarin, ‘Xia Yi Bu’, lagu saduran daripada hit Shila sebelum ini iaitu ‘Patah Seribu’. Dalam lagu ini Shila menunjukkan penguasaannya dalam bahasa Mandarin yang memukau pengundi-pengundi program Asian Wave dua tahun lalu. Ia mungkin cara Shila untuk menamatkan penceritaan album ini dengan apa yang dilaluinya sekarang, menempa nama di negara asing, bak kata pepatah ‘masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kandang kerbau menguak’.
Benarlah kata orang, pengalaman hidup mematangkan seseorang. Matangnya susuk tubuh insan bernama Shila Amzah dapat didengari melalui album ini. Mungkin selepas ini, selepas jauh berkelana, Shila akan memberikan pendengar sesuatu yang lebih hebat. Tapi buat masa ini, hadamlah buah tangan terbarunya ini sepuasnya.
Copyright & 2015 KKBOX All Rights Reserved.
Malaysia 马来西亚
Malaysia 马来西亚
Copyright & 2015 KKBOX All Rights Reserved.Tanpa kekasihku - shila Amzah
Tanpa kekasihku - shila Amzah
分享给好友
您需要先安装&,才能下载视频哦
用优酷App或微信扫一扫,在手机上继续观看。
Tanpa kekasihku - shila Amzah
分享给站外好友
把视频贴到Blog或BBS
flash地址:
<input type="text" class="form_input form_input_s" id="link3" value=''>
<input id="link4" type="text" class="form_input form_input_s" value=''>
Shila Amzah 观看次数:101,570 1 年前
Buat semua fans Agnes Monica Dan juga merangkap aku sendiri:)
茜拉Youtube视频
播放数: 8,470
播放数:541,057
最近更新:1个月前
播放数:466,436
最近更新:1年前
播放数:397,357
最近更新:1年前
播放数:114,452
最近更新:1年前
播放数:113,703
最近更新:1年前
播放数:276
最近更新:1年前
节目制作经营许可证京字670号
京公网安备号
药品服务许可证(京)-经营-

我要回帖

更多关于 lagu daerah tapanuli 的文章

 

随机推荐